Cara menarik yang baru untuk
memulangkan bungkusan Lazada anda.

Pilih antara 400+ kafe dan farmasi
yang berdekatan rumah atau tempat kerja anda.
Selamat dan mudah!

Cari lokasi PostCo terdekat untuk memulangkan bungkusan anda.

Beratus bungkusan dipulangkan dan dikumpulkan setiap hari dari lokasi Postco mesra kami.

Bagaimana Ia Berfungsi

Cetak

Cetak Borang Pemulangan Online Lazada dari akaun Lazada anda.

Carian

Cari lokasi yang paling sesuai untuk anda dan pergi ke lokasi pilihan bersama bungkusan anda.

Pemulangan pada bila-bila masa

Pulangkan bungkusan Lazada anda di lokasi PostCo pilihan anda.

Senang dan mudah

Farmasi AM PM, salah satu daripada 400+ lokasi kami

Rangkaian lokasi yang luas

Lokasi kami terletak berdekatan rumah atau tempat kerja anda untuk memudahkan pemulangan bungkusan anda.

Lokasi dibuka setiap hari, dari awal pagi hingga lewat malam

Singgah di mana-mana lokasi Postco untuk memulangkan bungkusan mengikut kesesuaian masa anda.

Selamat dan terkawal

Semua lokasi kami telah diperiksa dengan terperinci, dan staf lokasi telah dilatih oleh pasukan rakan kongsi PostCo kami!

Soalan kerap ditanya

Bagaimanakah saya memulangkan bungkusan melalui PostCo?

Anda perlu memulakan permintaan pemulangan atas talian melalui Lazada. Pilih PostCo sebagai pilihan pemulangan anda dan lengkapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan Borang Pemulangan Lazada anda.

Cetak Borang Pemulangan Lazada dan kepilkan borang secara selamat kepada bungkusan anda. Sekarang anda boleh menyerahkan bungkusan anda di mana-mana lokasi PostCo yang paling sesuai untuk anda!

Apakah yang saya perlu lakukan sebelum menyerahkan bungkusan di lokasi PostCo?

Pastikan bungkusan anda dibungkus dengan rapi, dan Borang Pemulangan Lazada anda dikepilkan bersama. Semua lokasi PostCo berhak menolak bungkusan yang tidak mengikut syarat.

Adakah terdapat apa-apa had saiz dan berat bungkusan?

PostCo hanya membenarkan bungkusan dengan ukuran dan berat maksimum 50cm x 50cm x 50cm dan 20kg. Jika bungkusan anda melebihi had saiz dan berat, semua lokasi PostCo berhak menolak penerimaan bungkusan tersebut.

Apa yang akan berlaku setelah saya menghantar bungkusan Lazada di lokasi PostCo?

Staf di lokasi PostCo akan menjana permohonan untuk pemulangan anda. Anda akan terima pengesahan emel setelah pesanan pemulangan anda dihasilkan.

Saya telah menghantar bungkusan di lokasi PostCo tetapi tidak menerima apa-apa pengesahan. Apa yang saya perlu lakukan?

Jika anda tidak menerima pengesahan untuk pemulangan bungkusan Lazada anda selepas sehari, sila hubungi pihak kami melalui live chat support atau halaman hubungan.

Bilakah bungkusan pulangan saya akan tiba di Lazada?

Jika bungkusan anda diserahkan sebelum tengah hari, ia akan dikutip pada hari yang sama dan dihantar dalam masa 1 ke 2 hari bekerja; Jika bungkusan anda dihantar di waktu petang, ia akan dikutip pada keesokan hari dan dihantar dalam masa satu hingga dua hari bekerja.

Bagaimana saya memantau status bungkusan pulangan saya?

Untuk menjejak status penghantaran bungkusan pulangan anda, daftar di atas dengan nombor telefon untuk membuat jejakan dari dashboard anda atau masukkan kod jejakan PostCo anda di
www.postco.co/track

Saya lupa kepilkan Borang Pemulangan Lazada kepada bungkusan. Adakah saya masih boleh membuat pemulangan di lokasi PostCo?

PostCo tidak akan menerima bungkusan anda tanpa Borang Pemulangan Lazada.

Borang Pemulangan Lazada adalah elemen penting dalam proses pemulangan kerana ia memastikan bungkusan anda berjaya dipulangkan dan pembayaran balik dijalankan dengan betul.

Tolong, saya masih keliru tentang proses ini. Apakah yang saya boleh lakukan?

Jangan risau. Kami di sini untuk membantu anda. Hubungi kami melalui live chat support atau halaman hubungan, dan salah seorang dari pasukan kami akan membimbing anda melalui proses tersebut..